Thursday, December 30, 2010

SuMMary 2010

setahun tak upload pe2 kat cni.. udah lupa pe password nye.. ari ni teringat nak cr password baru sbb dok tgk je blog org. jadi ari ni kite cite kehidupan tahun 2010. maklum la tahun 2011 dah nak sampai sehari lagi..

tahun 2010 masih lagi jadi GSTT kat sekolah lama. SMK uSJ 23.. ajar subjek yang sama.. science tingkatan 2. tp biasa la sebagai cikgu tak bertauliah pe2 je mesti kne menurut perintah. kejap2 naik ngajar petang, jap2 ngajar pagi. paling besh diberi kepercayaan mengajar subjek biologi form 5. tak ke gile aku nak kne kelentong diorg huhu. so sepanjang 2010 ada ajar science form 1,2,3,4 and 5, ajar Pend seni Form 1 dan biology Form 4 and Form 5. tak bertauliah tp boleh ajar sume tingkatan. hebat2..

bulan 2 selamat melangsungkan akad nikah. so anniversary pada 14 FEB 2010. berjalan dengan lancar. hantaran semua dibawa sekali masa akad nikah. so masa kenduri just bawa diri. nikah biasa la mesti pilih kaler putih.yang besh tok kadi kat segari tu pakai laptop. taklik sume dlm laptop tu..


bulan 3 baru kenduri kawen berlangsung. uamh aku 13 MAC 2010 dan sebelah lelaki keesokkannya (14 MAC 2010).. alhamdulillah sume berjelan lancar walaupun pihak lelaki lambat tibe huhu.. rumah aku tema coklat gold manakala umah suami warna turqoise. songket lagi kat umah laki. nasib baik tak pilih pelamin duduk bersimpuh. kalo tak alamat la kaki ku lenguh..


pada bulan2 seterusnya aku menjalani kehidupan seperti biasa.. bekerja dan sebagai suri umah. makin rajin memasak. sejak ada tenet kat umah asik mencari resepi aje.. tp cr untuk kumpul. buat nye jarang sekali hehe..
sehingga ari ni 30 DEC 2010 aku sedang berbadan 2. sekarang sudah 36 minggu. td masa p hospital serdang dia cakap bila2 masa je boleh bersalin tp due lambat lagi iaitu 29 JAN 2011. persiapan dah 80% siap.. barang baby dah siap kot. barang ibunye yang belum siap.. hehe...

No comments: