Tuesday, January 4, 2011

Betulkah ketuban saya telah pecah?

Kadang-kadang wanita agak ragu samada air yang keluar dari faraj betul betul air ketuban atau cuma air kencing atau lendir yang berlebihan. Air ketuban tidak hancing dan keluar secara tiba-tiba dan selalunya meleleh membasahi paha atau kain yang dipakai. Sekiranya anda tidak begitu pasti, merujuklah kepada doktor untuk kepastian.

Pemeriksaan termasuklah menggunakan ultrasound untuk mengetahui samada terdapat kekurangan air ketuban atau tidak dan pemeriksaan faraj untuk melihat samada terdapat takungan air atau tidak. Anda mungkin akan disuruh untuk batuk.

Sunday, January 2, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban


Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan


Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Saturday, January 1, 2011

WeLcoME 2011

dah masuk taun baru 2011.. selamat tinggal 2010.. selamat datang 2011

31 Dec 2010 - Hubby ajak kuar. nak tgk Gulivver Travel. g la alamanda. konon pas tgk wyg bule tgk bunga api kat putrajya. tup2 tiket yang ada kul 12. tbe2 je tgk midnight kat alamanda tu. cite pendek je pun. tak sampai 2 jam.. aku sempat lelap2 mata hehe..

01 Jan 2011 - terhengen sgt nak mkn pizza. ajak hubby g makan pizza kat giant bandar puteri. sampai ke Mines di bawa nye mkan pizza.. thanks abg blanje pizza td. pastu jalan2 pusing mines. mcm dah lama gile tak g mines. siap ada kereta Mr. Bean kat mines td.. hehe