Tuesday, January 4, 2011

Betulkah ketuban saya telah pecah?

Kadang-kadang wanita agak ragu samada air yang keluar dari faraj betul betul air ketuban atau cuma air kencing atau lendir yang berlebihan. Air ketuban tidak hancing dan keluar secara tiba-tiba dan selalunya meleleh membasahi paha atau kain yang dipakai. Sekiranya anda tidak begitu pasti, merujuklah kepada doktor untuk kepastian.

Pemeriksaan termasuklah menggunakan ultrasound untuk mengetahui samada terdapat kekurangan air ketuban atau tidak dan pemeriksaan faraj untuk melihat samada terdapat takungan air atau tidak. Anda mungkin akan disuruh untuk batuk.

Sunday, January 2, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban


Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan


Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Saturday, January 1, 2011

WeLcoME 2011

dah masuk taun baru 2011.. selamat tinggal 2010.. selamat datang 2011

31 Dec 2010 - Hubby ajak kuar. nak tgk Gulivver Travel. g la alamanda. konon pas tgk wyg bule tgk bunga api kat putrajya. tup2 tiket yang ada kul 12. tbe2 je tgk midnight kat alamanda tu. cite pendek je pun. tak sampai 2 jam.. aku sempat lelap2 mata hehe..

01 Jan 2011 - terhengen sgt nak mkn pizza. ajak hubby g makan pizza kat giant bandar puteri. sampai ke Mines di bawa nye mkan pizza.. thanks abg blanje pizza td. pastu jalan2 pusing mines. mcm dah lama gile tak g mines. siap ada kereta Mr. Bean kat mines td.. hehe


Thursday, December 30, 2010

SuMMary 2010

setahun tak upload pe2 kat cni.. udah lupa pe password nye.. ari ni teringat nak cr password baru sbb dok tgk je blog org. jadi ari ni kite cite kehidupan tahun 2010. maklum la tahun 2011 dah nak sampai sehari lagi..

tahun 2010 masih lagi jadi GSTT kat sekolah lama. SMK uSJ 23.. ajar subjek yang sama.. science tingkatan 2. tp biasa la sebagai cikgu tak bertauliah pe2 je mesti kne menurut perintah. kejap2 naik ngajar petang, jap2 ngajar pagi. paling besh diberi kepercayaan mengajar subjek biologi form 5. tak ke gile aku nak kne kelentong diorg huhu. so sepanjang 2010 ada ajar science form 1,2,3,4 and 5, ajar Pend seni Form 1 dan biology Form 4 and Form 5. tak bertauliah tp boleh ajar sume tingkatan. hebat2..

bulan 2 selamat melangsungkan akad nikah. so anniversary pada 14 FEB 2010. berjalan dengan lancar. hantaran semua dibawa sekali masa akad nikah. so masa kenduri just bawa diri. nikah biasa la mesti pilih kaler putih.yang besh tok kadi kat segari tu pakai laptop. taklik sume dlm laptop tu..


bulan 3 baru kenduri kawen berlangsung. uamh aku 13 MAC 2010 dan sebelah lelaki keesokkannya (14 MAC 2010).. alhamdulillah sume berjelan lancar walaupun pihak lelaki lambat tibe huhu.. rumah aku tema coklat gold manakala umah suami warna turqoise. songket lagi kat umah laki. nasib baik tak pilih pelamin duduk bersimpuh. kalo tak alamat la kaki ku lenguh..


pada bulan2 seterusnya aku menjalani kehidupan seperti biasa.. bekerja dan sebagai suri umah. makin rajin memasak. sejak ada tenet kat umah asik mencari resepi aje.. tp cr untuk kumpul. buat nye jarang sekali hehe..
sehingga ari ni 30 DEC 2010 aku sedang berbadan 2. sekarang sudah 36 minggu. td masa p hospital serdang dia cakap bila2 masa je boleh bersalin tp due lambat lagi iaitu 29 JAN 2011. persiapan dah 80% siap.. barang baby dah siap kot. barang ibunye yang belum siap.. hehe...

Saturday, November 21, 2009

luahan hati

lamanya tak meluahkan perasaan kat cni.. sebab utamanya aku xde line tent. nk g cc malas plak.. so bile dpt tenet kat umah org jd xsedar diri plak.. byk terjadi dlm hidup aku. ada sedih, ada gembira dan ada dlm penantian. yg penantian tu harap2 membawa kegembiraan. yg pasti aku tgh happy ekoran cuti sekolah. maka aku pun akan bersuti hingga ujung bulan 12.. tp xde plan nk g mana. dan tgh konfius nk dok mana.. mungkin stay umah kakak kat bangi atau ampang atau balik kg kat perak.. eeemmm..mana 1 nk pilih ni..

Thursday, June 11, 2009

zoom malaysia

sambung post sebelum ni yer. cuti2 ni kne jaga anak2 sedara ku kerana angah ku dan suaminya menunaikan umrah. semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang. aku siap pesan2 lagi tp hanya pesan utk mendoakan aku je. barang2 aku xpesan. nyusahkan diorang plak kang. sebelum g umrah angah pesan bw anak2 dia g zoo negara. jd ni aktiviti aku masa cuti sekolah

08.06.09 -> berjalan2 di KLIA (sebenarnye hantar angah g umrah)
09.06.09 -> berjalan2 dan melawat zoo negara. menunggu pertunjukan haiwan dr pukul
1.15 tp pertunjukan start kul 3.00. elok start 15 minit ujan dah turun..
pe lagi larriiii...haha.. tgk pertunjukan hanya 15 min tunggu 1 jam lebih
keje sia2 btoi (hanya tket total adalah rm144. kanak2 3 org, dewasa 8 org
dan warga emas 1 org)
10.06.09 -> ke rumah kakak sulung di bangi. sampai2 tuan rumah xde balik johor plak.
nsb baik ada kunci kalo x kene patah balik ke ampang

banyak kawan2 kawen cuti sekolah ni. tp macam xdpt g je. ANUM kawan serumah kawen sok. selamat pengantin baru anum. sori ngak dapat g mu kawen. YANA pun kawen 20hb ni. mcm xdpt g gak. time tu angah balik dr umrah. nk g KLIA. pe2 pun tahniah kat korang. selamat pengantin baru ye..

Sunday, June 7, 2009

bercuti!!

yahoo.. 2 minggu. malas dah nk pikir utk mengajar. time utk rilek2 bmalas2. tapi kne rajin2 gak sbb kne jg anak2 sedara 2 minggu cuti ni huhu.. xpe2 kne kuat kan diri. alamak sume ada kat tepi2 aku. nnt aku cite lain la. xsuprise langsung tulis depan budak2 ni.. ok chow.. selamat bercuti!!